Wednesday, 7 July 2010

Belanda mara ke akhir Piala Dunia 2010

07/07/2010 4:34am
CAPE TOWN, 7 Julai - Belanda memperagakan aksi mantap pada separuh masa kedua dan mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali ketiga selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Uruguay awal pagi tadi.
Wesley Sneijder menjaringkan gol kelima peribadinya di Afrika Selatan dan Giovanni van Bronckhorts menambah satu lagi gol dalam kejohanan tersebut tatkala Belanda mara ke saingan akhir dalam tempoh 32 tahun.
Van Bronckhorst menjaringkan gol melalui rembatan cantik pada minit ke-18 tetapi berjaya disamakan oleh Diego Forlan pada minit ke-41.
Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk kemudiannya menggantikan Demy de Zeeuw dengan memasukkan Rafael van der Vaart dan ia membuahkan hasil selepas Sneijder serta Arjen Robben berjaya menambah gol pada separuh masa kedua. Maximiliano Pereira menambah gol kedua Uruguay pada minit ke-90. - AP

Selamat Datang ke Blog Peribadi Saya

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih kerana sudi melayari blog personal saya dan diharap dapat memberi komen membina untuk kecemerlangan kerjaya kita.